Kedai Makan Shah Alam: 15 Tempat Viral Tapi Tak Overrated [2025]

Shah Alam bukan sekadar ibu negeri Selangor – ia juga syurga makanan yang padat dengan kedai viral, kafe hipster, dan port makan tengahari berbaloi. Tapi kita semua tahu… tak semua tempat viral tu betul-betul sedap, kan? Dalam artikel ni, kami kongsikan senarai kedai makan Shah Alam yang kami sendiri dah cuba.

Jadi list ni bukan sekadar ikut trend. Dari kuih Melayu old-school sampailah ke kafe tersembunyi untuk geng cyclist, semua dalam list ni – memang berbaloi, tak overrated, dan confirm puas hati.

Paling best? Kalau korang datang beramai-ramai atau sewa van nak jalan-jalan cari kedai makan Shah Alam, semua tempat ni memang sesuai untuk singgah.

image 2 88

Shah Alam syurga makanan yang padat dengan kedai viral, kafe hipster, dan port lepak.

Tempat Makan Viral Tapi Betul-Betul Sedap di Shah Alam

Senarai Kedai Makan Shah Alam Paling Viral Tapi Tak Overrated:
  • Guan’s @ Seksyen 14 – Kafe tropikal urban yang trending
  • Grupetto Cafe @ Seksyen 13 – Port hidden untuk geng cyclist
  • Kueh Cafe – Kuih tradisional rare & makanan Melayu klasik
  • Kedai Kopi Maneh – Retro warung vibe dengan roti bakar & lempeng
  • Restoran Hatinie – Buffet lauk kampung di Seksyen 10
  • Nasi Kambing Harimau Nangis – Juicy kambing di Kampung Melayu Subang
  • Restoran Azira – Masakan kampung asli & mesra keluarga
  • DE’ GULAI – Kari kepala ikan & lauk kawah power
  • Kopimeo @ Seksyen 9 – Pasta fusion & kopi premium
  • Foodsbury @ Seksyen 9 – Kek viral & menu brunch cantik
  • Kopi Daun @ Seksyen 13 – Kopi gula Melaka & pastri santai
  • Pak Li Kopitiam – Sarapan klasik & vibe old-school
  • Nasi Kak Wok TTDI Jaya – Hidangan simple bajet tapi puas
  • Soto Shah Alam – Sup padu & ambience busking santai
  • Medan Selera Delima – Cendol & rojak dengan 100+ topping

(1) Guan’s @ Seksyen 14 – Kedai Makan Shah Alam dengan Suasana Urban Tropikal

kedai makan shah alam

Terletak di Seksyen 14, Guan’s ialah antara kafe terbaru yang makin tular kat Shah Alam. Suasana dia tenang dengan rekaan tropikal dan konsep terbuka yang buatkan ramai datang bukan sekadar untuk makan, tapi juga ambil gambar cantik.

Menu dia tak klise – ada menu macam Mee Goreng Mamak, Egg & Ham Croissant, dan minuman fusion seperti Teh Tarik Halia Boba.

Yang menariknya, walaupun viral, service di sini tetap cepat dan makanan maintain sedap. Sesuai sangat untuk breakfast ringan, brunch santai dengan family, atau quick meeting dengan kawan-kawan kerja.

Jenis makanan: Fusion Melayu-Barat
Anggaran harga: RM15–RM30 seorang
Parking: Agak mudah (boleh double park waktu pagi weekdays)

(2) Grupetto Cafe @ Seksyen 13 – Hidden Spot Bertema Basikal

kedai makan shah alam

Kalau anda bukan cyclist tegar, mungkin tak pernah dengar nama Grupetto. Tapi bagi peminat dua roda, Grupetto adalah port wajib lepak lepas kayuh. Terletak di kawasan perumahan Seksyen 13, kafe ni tak banyak signboard – tapi suasana dia cozy dan tenang.

Dekorasinya penuh dengan elemen basikal, dan menunya pun lain daripada biasa: pasta, egg benedict, dan kek buatan sendiri yang fresh setiap hari. Crowd dia friendly, mostly regulars, dan suasananya sesuai kalau anda nak kerja sambil layan kopi.

Jenis makanan: Western breakfast, pasta, dessert
Anggaran harga: RM18–RM35 seorang
Parking: Street parking, tapi mudah waktu pagi

(3) Kueh Cafe – Kuih Tradisional & Makanan Melayu dengan Sentuhan Moden

image 2 92

Kalau anda peminat makanan Melayu klasik dan tengah cari kedai makan Shah Alam yang autentik, Kueh Cafe adalah lokasi yang wajib singgah.Terletak di Tadisma Business Park, kafe ini menampilkan dekorasi ringkas dengan elemen kayu dan suasana cozy yang buatkan kita rasa macam balik kampung – tapi versi moden.

Menu di sini merangkumi pelbagai jenis kuih tradisional seperti seri muka, kuih lapis, kuih keria, dan kuih lompang yang jarang-jarang ditemui. Selain kuih, mereka juga tawarkan hidangan berat seperti nasi lemak, mee kari, dan soto yang padu. Setiap item disusun kemas, sesuai sangat untuk yang suka ambil gambar makanan.

Nak kuih tradisional yang sedap dan suasana cozy? Kueh Cafe ialah antara kedai makan Shah Alam yang gabungkan rasa klasik dengan gaya moden. Waktu pagi hingga tengahari biasanya agak penuh, jadi kami cadangkan datang awal kalau nak pilih kuih kegemaran anda.

Jenis makanan: Kuih tradisional, sarapan Melayu, mee kari, soto
Anggaran harga: RM10–RM25 seorang
Parking: Banyak, tapi cepat penuh waktu puncak

(4) Kedai Kopi Maneh @ Seksyen 13 – Port Sarapan Viral dengan Sentuhan Retro

image 2 94

Kedai Kopi Maneh ialah salah satu port kedai makan Shah Alam untuk sarapan dan minum petang yang makin viral di Seksyen 13. Dengan konsep retro warung kampung, menu mereka menyajikan gabungan makanan klasik yang mudah, sedap dan mampu milik.

Antara menu popular ialah Roti Bakar Kaya + Butter, Lempeng Sambal, Mee Siam/Bihun Goreng, Lontong, serta Ubi Kayu Rebus + Sambal. Semua disediakan dengan rasa ‘rumah mak’ yang buat ramai datang balik. Minuman seperti Kopi Ali Maneh, Teh Tarik Maneh, dan Milo Ais juga kekal jadi kegemaran pelanggan tetap.

Harga makanan dan minuman di sini sangat mesra poket, menjadikan ia lokasi ideal untuk breakfast santai atau lepak petang.

Jenis makanan: Sarapan kampung, roti bakar, lempeng, kopi tempatan
Anggaran harga: RM4–RM9 seorang
Parking: Mudah dan banyak di kawasan Seksyen 13

Tempat Makan Tengahari Padu untuk Seisi Keluarga

Waktu tengahari di Shah Alam boleh jadi mencabar bila semua orang dalam kumpulan nak makan benda berbeza. Tapi jangan risau, kami dah pilihkan beberapa tempat makan tengahari yang bukan saja sedap, tapi sesuai untuk keluarga besar, rombongan sewa van, atau sesi makan berjemaah lepas kerja.

(5) Restoran Hatinie – Kedai Makan Shah Alam ala Buffet Melayu di Seksyen 10

image 3 2

Restoran Hatinie antara kedai makan Shah Alam yang legend. Dah lama bertapak dan lauk dia sentiasa penuh pilihan. Walaupun dari luar nampak sederhana, lauk-pauk di sini sentiasa meriah dan bertukar-tukar setiap hari.

Pilihan lauk seperti masak lemak daging salai, sambal udang petai, sotong masak hitam, hingga ke ulam-ulaman dan sambal tempoyak menjadikan tempat ini syurga bagi peminat masakan kampung. Ruangnya luas dan mesra keluarga. Cuma tempat letak kereta kadang-kadang terhad waktu puncak.

Jenis makanan: Nasi campur, lauk tradisional
Anggaran harga: RM12–RM25 seorang
Parking: Terhad, datang awal untuk elak sesak

(6) Nasi Kambing Harimau Nangis – Kampung Melayu Subang

image 2 98

Kedai makan Shah Alam yang satu ni tak main-main bila sebut nama. Nasi Kambing Harimau Nangis menawarkan kambing panggang yang lembut dan juicy, disajikan bersama sambal meletup dan nasi putih panas. Ada juga menu sampingan seperti asam pedas ikan jenahak dan patin tempoyak.

Rasa dia? Memang ‘menangis’ kalau suka lauk berempah dan pedas. Lokasi agak tersorok di Kampung Melayu Subang, tapi sangat sesuai untuk yang datang secara rombongan atau dengan van sewa sebab kawasan parking luas dan terbuka.

Jenis makanan: Kambing panggang, lauk kampung, asam pedas
Anggaran harga: RM15–RM30 seorang
Parking: Banyak & sesuai untuk kenderaan besar

(7) Restoran Azira – Mesra Rasa Tradisional

image 3 3

Terletak di Seksyen 10, Restoran Azira dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai kedai makan Shah Alam yang menyediakan masakan kampung yang konsisten. Setiap hari ia menyajikan lauk pauk tradisional Melayu seperti masak lemak, sambal, dan pelbagai jenis ulam-ulaman.

Suasana kedai makan Shah Alam ni walaupun sederhana namun selesa, menjadikannya pilihan popular untuk makan tengahari bersama keluarga atau rakan sekerja.

Jenis makanan: Masakan kampung, nasi campur
Anggaran harga: RM10–RM20 seorang
Parking: Bergantung kepada waktu; boleh jadi terhad waktu puncak

(8) DE’ GULAI Kari Kepala Ikan– Lauk Gulai Meleleh & Kepala Ikan Power

image 2 102

Terletak di Seksyen 13 Shah Alam, DE’ GULAI terkenal dengan sajian kari kepala ikan yang padu, pekat berempah, dan penuh rasa ; menu yang memang jadi tarikan utama pelanggan tetap. Selain kepala ikan, mereka juga menyajikan pelbagai lauk gulai kawah seperti ayam masak lemak, paru berlada, ikan bakar sambal, serta sayur kampung dan ulam-ulaman.

Waktu tengahari di sini memang meriah, dengan pilihan lauk berderet dan suasana kedai yang bersih dan selesa. Sangat sesuai untuk makan tengahari bersama keluarga, group kerja, atau rombongan makan-makan yang datang beramai-ramai.

Jenis makanan: Kari kepala ikan, lauk gulai kawah, masakan kampung
Anggaran harga: RM15–RM35 seorang
Parking: Banyak dan mudah di kawasan restoran deret Seksyen 13

Kafe Hipster dan Port Lepak Trendy di Shah Alam

Kalau anda tengah survey kedai makan Shah Alam yang santai dan bergaya untuk lepak atau buat kerja, banyak pilihan kafe best menanti.

Berikut adalah antara tempat kegemaran kami yang bukan sahaja nampak menarik, tapi makanannya pun kena dengan tekak.

(9) Kopimeo @ Seksyen 9 – Kafe Monokrom dengan Menu Melayu Moden

image 3 4

Antara kedai makan Shah Alam yang bawa vibe urban minimalis ialah Kopimeo – tenang, moden, dan penuh kreativiti pada menu. Tapi yang paling menarik, kafe ini bukan sekadar cantik di mata, menu mereka kreatif dengan gabungan elemen tempatan dan Barat.

Antara pilihan unik yang menonjol ialah Gulai Lemak Daging Berasap, Spicy Salted Fish & Squid Pasta, serta Soft-Shell Crab Creamy TomYum ; satu percubaan berani yang menyatukan cita rasa Melayu dalam bentuk sajian Barat. Untuk peminat seafood pula, Gulai Lemak Udang dan Lemon Shrimp Scampi boleh jadi pilihan utama.

Minuman panas dan sejuk turut ditawarkan, dari espresso, mocha, sehingga ke Oat Milk Matcha Latte dan Cha-Cha Kombucha. Sesuai untuk lepak santai mahupun sesi kerja ringan sambil layan kopi artisan.

Jenis makanan: Pasta fusion, masakan berasaskan makanan laut, kopi dan minuman premium
Anggaran harga: RM15–RM30 seorang
Parking: Banyak, tapi agak penuh waktu lunch hujung minggu

(10) Foodsbury @ Seksyen 9 – Kek, Pasta & Brunch Instagram-Worthy

image 2 106

Sebagai salah satu kedai makan Shah Alam yang viral dan Insta-worthy, Foodsbury memang jadi tumpuan anak muda. Kek mereka sangat popular (Red Velvet dan Burnt Cheesecake memang wajib cuba), dan pasta seperti Creamy Salted Egg Pasta atau Chicken Cajun jadi antara menu pilihan.

Suasana kafe sangat sesuai untuk small group gathering atau birthday celebration kecil. Kalau datang waktu petang, anda mungkin perlu tunggu giliran, tapi pengalaman makan di sini memang berbaloi.

Jenis makanan: Kek, pasta, brunch
Anggaran harga: RM20–RM35 seorang
Parking: Terhad, letak tepi jalan (boleh sesak hujung minggu)

(11) Kopi Daun @ Seksyen 13 – Kafe Hipster Tenang dengan Kopi & Pastri

image 2 108

Terletak di Seksyen 13, Kopi Daun ialah sebuah kafe yang membawa konsep minimalis dengan sentuhan tropikal. Sesuai untuk anda yang ingin lepak santai, buat kerja sambil minum kopi, atau recharge selepas sesi food hunting. Dekorasinya bersih, tenang, dan cozy dengan tumbuhan hijau dan pencahayaan semula jadi.

Menu di sini tidak terlalu berat, tetapi cukup menarik. Antara yang popular ialah Kopi Daun Putih (gandingan espresso dengan gula Melaka), Vanilla Iced Coffee, serta Dark Chocolate Iced. Untuk peminat pastri, ada croissant hazelnut, chicken mushroom pie, dan kek seperti Victoria Sandwich yang sering jadi rebutan.

Walaupun lebih kepada ‘light meal’, suasana dan presentasi makanan serta minuman di sini menjadikan ia tempat yang ideal untuk berehat sekejap dalam jadual sibuk, atau sebagai penutup santai selepas makan malam.

Jenis makanan: Kopi artisan, pastri, kek, kudapan ringan
Anggaran harga: RM10–RM18 seorang
Parking: Street parking tersedia dan agak mudah waktu siang

(12) Pak Li Kopitiam @ Seksyen 13 – Kopitiam Klasik Moden

image 2 110

Untuk vibe santai tapi klasik, Pak Li Kopitiam ialah pilihan evergreen di Shah Alam. Menu popular seperti nasi lemak ayam goreng berempah, kaya toast, dan kopi pekat bergaya lama membuatkan tempat ini sesuai untuk breakfast, brunch atau minum petang.

Sebagai kedai makan Shah Alam yang konsisten sejak dulu, Pak Li Kopitiam masih kekal relevan dengan gabungan klasik & moden.

Jenis makanan: Masakan kopitiam, sarapan & makan ringan
Anggaran harga: RM10–RM20 seorang
Parking: Luas & mudah di kawasan Seksyen 13

Kedai Makan Bajet Tapi Power untuk Pelajar & Traveller

Bukan semua orang datang ke Shah Alam dengan bajet besar. Tapi itu tak bermakna anda kena kompromi dari segi rasa. Berikut ialah senarai kedai makan yang mesra dompet, tapi tetap padu dari segi rasa dan pengalaman. Sesuai untuk pelajar universiti, pekerja harian, atau traveller yang nak makan puas tanpa koyak poket.

(13) Nasi Kak Wok TTDI Jaya – RM6 Pun Dah Kenyang

image 3 5

Antara kedai makan Shah Alam yang wajib ada dalam radar anda kalau craving nasi campur gaya Kelantan ialah Nasi Kak Wok TTDI Jaya. Hidangan simple tapi mantap: potongan ayam goreng berempah, kuah gulai, sambal cili, dan nasi putih panas, semua cukup dengan harga sekitar RM6 sahaja!

Tempat ni memang jadi port wajib bila cari kedai makan Shah Alam yang sedap dan bajet. Queue kadang panjang, tapi turn gerak laju. Sesuai untuk takeaway, tapi ada juga tempat makan dalam.

Jenis makanan: Nasi Kak Wok (Kelantan)
Anggaran harga: RM6–RM8 seorang
Parking: Agak mudah, bergantung pada waktu

(14) Soto Shah Alam – Warisan Asli dengan Hiburan Busking

image 2 113

Soto Shah Alam ialah antara kedai makan Shah Alam yang underrated tapi penuh rasa warisan dan suasana santai. Ia bukan saja terkenal dengan soto resepi keluarga, tapi juga ambience santai. Kadang-kadang ada live busking dari artis tempatan.

Kalau anda cari kedai makan Shah Alam untuk sarapan macam mihun, nasi impit, ayam, bergedil dan sup panas yang penuh aroma di sini memang kena. Harga pun berpatutan, sesuai sangat untuk sarapan berat atau makan tengahari ringan.

Jenis makanan: Soto, nasi impit, bergedil
Anggaran harga: RM7–RM12 seorang
Parking: Street parking, agak padat waktu makan tengahari

(15) Medan Selera Delima @ Seksyen 24 – Port Cendol & Rojak Terkenal

image 3 7

Kalau anda jenis suka makanan tepi jalan yang padu, Medan Selera Delima patut anda cuba. Paling popular kat sini ialah Rojak & Cendol Shah Alam. Ada lebih 100 jenis cendol termasuk topping unik seperti durian, kacang, dan marshmallow!

Rojak buah & rojak mee pun mantap. Harga bajet, rasa puas.

Jenis makanan: Cendol, rojak buah, rojak mee
Anggaran harga: RM5–RM12 seorang
Parking: Street parking berdekatan medan selera

Tips Travel & Makan di Shah Alam Jika Anda Sewa Van

Datang ke Shah Alam beramai-ramai memang seronok, tapi nak cari kedai makan Shah Alam yang sesuai untuk group besar memerlukan sedikit perancangan. Ini beberapa tips praktikal kalau anda travel berkumpulan atau sewa van:

Elak Waktu Puncak (12.30–2.00pm)
Terutama sekitar Seksyen 7–9. Kalau boleh, makan awal atau lepas waktu puncak untuk pengalaman lebih tenang.

Utamakan Kedai dengan Parking Luas
Pilih lokasi seperti Nasi Kambing Harimau Nangis atau Restoran Hatinie yang ada ruang parkir luas. Elak Seksyen 9 waktu lunch – selalu sesak.

Hubungi Awal Jika Lebih 10 Orang
Kedai viral jarang terima tempahan online. Call dulu untuk pastikan tempat. Tempat sempit seperti Grupetto dan Foodsbury lebih sesuai untuk kumpulan kecil.

Susun Itinerary Makan
Contoh trip 1 hari:
Sarapan: Kueh Cafe / Soto Shah Alam
Tengahari: Restoran Azira / Hatinie
Petang: Guan’s
Malam: (boleh gantikan dengan mana-mana port makan santai)

Van Lebih Selesa & Praktikal
Lebih ruang, mudah simpan barang, dan tak perlu koordinasi banyak kereta. Pemandu juga biasa dengan shortcut.

Dengan sedikit perancangan, hunting kedai makan Shah Alam boleh jadi pengalaman makan yang seronok dan bebas stress. Sama ada anda travel untuk family day, reunion, atau syok sendiri bersama geng makan, pilihlah kedai makan Shah Alam yang mesra rombongan dan kalau nak lebih mudah, pertimbangkan sewa van. Zeala Travel kan ada !

Share: