
Tentang
Zeala Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya yang beroperasi di No. 3-2, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral 43000 Kajang, Selangor.
Syarikat ini dahulu dikenali sebagai Zeala Enterprise, dimana ia telah ditubuhkan sejak tahun 1995. Tujuan penubuhannya adalah untuk terlibat secara aktif dalam bidang pengangkutan bas yang memiliki berbagai-bagai sektor seperti bas sekolah, bas pekerja, dan bas persiaran.
Kini sejajar dengan nama syarikat yang telah ditambah nilai (Zeala Travel & Tours Sdn Bhd, 200301012923 , No. KP/LN: 7108), tujuan penubuhannya kini telah mencakupi pula sebagai ejen pengembaraan.
Zeala Travel mengambil peluang sempena kempen Tahun Melawat Malaysia untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Dibantu oleh beberapa tenaga kerja mahir dalam bidang logistik dan agen pengembaraan, kini Zeala Travel telah bersedia untuk bertemu pelanggan yang ingin merancang percutian mereka.
Zeala Travel memiliki pakej-pakej menarik yang digabungkan dengan perkhidmatan bas yang selesa untuk pilihan pelanggan. Kami mengharapkan pelanggan-pelanggan sedia ada seperti di sektor Kerajaan, IPTA, IPTS, Kolej-kolaj, Sekolah-sekolah, dan juga orang perseorangan yang telah berpuashati dengan perkhidmatan kami agar dapat menyampaikan kepada pihak-pihak yang lain.
Motivasi kami adalah kepuasan pelanggan yang tidak berbelah bahagi tentang kecekapan dan kelancaran program yang kami aturkan, dan keselesaan bas yang kami bekalkan.
VISI
Untuk menjadikan sebuah organisasi sumber terulung, dinamik, serta berdaya saing menerusi pakatan berpasukan yang teguh dan mantap.
MISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pantas, dan fleksibel bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan seratus peratus.
