20+ Tempat Menarik di Kedah 2025 (Ringkasan Pantas)
Tempat menarik di Kedah merangkumi pulau tropika, pantai tenang, gunung sejuk, air terjun hijau, warisan bersejarah dan aktiviti keluarga. Sesuai untuk road trip, family day atau short getaway hujung minggu.
Kategori Utama:
- Pulau & Pantai: Pantai Tanjung Rhu, Pantai Murni, Pulau Songsong
- Gunung & Air Terjun: Gunung Jerai, Air Terjun Seri Perigi, Hutan Lipur Ulu Paip
- Warisan & Budaya: Masjid Zahir, Muzium Padi Kedah, Lembah Bujang, Rumah Kelahiran Tun M
- Rekreasi & Keluarga: Tree Top Walk Sungai Sedim, Underwater World, Berangan Aqua Park
- Alam & Eco-Tour: Kilim Geoforest Park (Mangrove Tour), Sungai Merbok Cruise, Tasik Beris
- Makanan Ikonik: Laksa Power Pantai Kok, Mee Abu Alor Setar, Ikan Bakar Top Kuala Kedah
Kalau sebut Kedah, ramai terbayang sawah padi terbentang luas dan Langkawi yang dengan penuh pelancong. Tapi negeri Jelapang Padi ni sebenarnya jauh lebih menarik daripada yang disangka! Dari hutan hijau ke pantai tersembunyi, dari kubu bersejarah ke taman air keluarga, siapa sangka.. Kedah ada semuanya.
Yang bestnya, banyak tempat menarik di Kedah ni masih belum ramai orang tahu, jadi korang boleh nikmati suasana tenang tanpa perlu bersesak. Ada tempat yang sesuai untuk healing, ada yang sesuai untuk aktiviti lasak, dan ada juga lokasi yang ideal untuk seisi keluarga. Kedah bukan sekadar negeri persinggahan untuk ke Hatyai ia destinasi yang penuh karakter, cerita, dan keindahan yang menunggu untuk diterokai.
Kalau korang tengah plan aktiviti cuti sekolah atau nak cari idea destinasi hujung minggu yang tak klise, artikel ni wajib korang baca. Jom kita jelajah semua tempat menarik di Kedah yang ramai tak tahu, ikut kawasan satu per satu!

LANGKAWI – Tempat Menarik di Kedah Dengan Sisi Tersembunyi

1. Pantai Tanjung Rhu
Pantai ni lebih tenang berbanding Pantai Cenang dan masih kekal asli walaupun popular di kalangan pelancong luar. Air lautnya jernih kebiruan, pasirnya putih halus, dan tiupan anginnya lembut sepanjang hari. Waktu senja di sini memang luar biasa. Langit jadi keemasan, dan suasananya menenangkan jiwa.
💡 Tip Pengunjung: Datang waktu pagi untuk elak panas terik dan nikmati matahari terbit di hujung tanjung. Jangan lupa bawa tikar. Spot ni best untuk piknik!
2. Langkawi SkyCab & SkyBridge
Naik kereta kabel dari Oriental Village ke puncak Gunung Mat Cincang adalah pengalaman wajib bila ke salah satu tempat menarik di Kedah ni. Dari atas jambatan melengkung yang tinggi, korang boleh nampak seluruh pulau, laut dan hutan menghijau. Kalau cuaca cerah, pemandangannya memang macam poskad hidup!
💡 Tip Pengunjung: Datang awal pagi atau beli tiket online untuk elak barisan panjang. Pakai kasut bertapak sebab laluan banyak tangga.
3. Underwater World Langkawi
Tempat menarik di Kedah ni sesuai untuk keluarga terutama anak-anak yang suka tengok hidupan laut. Terowong kaca sepanjang 15 meter membawa korang seolah berjalan di dasar laut sambil tengok ikan pari gergasi dan jerung melintas atas kepala. Pengalaman yang edukatif dan menyeronokkan dalam satu masa.
💡 Tip Pengunjung: Luangkan sekurang-kurangnya 1 jam di sini dan beli tiket kombo dengan aktiviti lain untuk jimat.
4. Kilim Geoforest Park (Mangrove Tour)
Kilim memang legenda untuk pencinta alam. Di tempat menarik di Kedah yang lejen ni, korang boleh naik bot menyusuri hutan bakau, tengok burung helang berlegar, gua kelawar, dan batu kapur yang terbentuk jutaan tahun. Ia sebahagian daripada Langkawi UNESCO Global Geopark, jadi setiap hentian penuh maklumat menarik.
💡 Tip Pengunjung: Tempah bot terus dari jeti rasmi Kilim. Tolong jangan bagi makan burung helang. ia menjejaskan ekosistem semula jadi.
5. Laksa Power Pantai Kok
Tempat makan wajib singgah bila ke Langkawi! Kuah laksa ni pekat, rasa ikan segar dan dimakan sambil pandang laut. Kombinasi sempurna untuk santai petang. Ramai pelancong luar datang ke tempat menarik di Kedah ni semata-mata nak rasa semangkuk laksa ni.
💡 Tip Pengunjung: Duduk di meja tepi pantai, datang sebelum waktu makan tengah hari untuk elak sesak.
ALOR SETAR – Warisan, Seni & Kehidupan Bandar

6. Masjid Zahir
Masjid bersejarah yang merupakan salah satu tempat menarik di Kedah ni dibina pada tahun 1912 dan masih berdiri megah sebagai simbol Kedah. Seni bina lima kubahnya melambangkan rukun Islam, dengan sentuhan Moorish yang elegan. Kawasannya bersih dan tenang, sangat sesuai untuk fotografi atau sekadar menikmati suasana.
💡 Tip Pengunjung: Waktu malam, lampu masjid akan dinyalakan. Sesuai untuk fotografi. Pastikan berpakaian sopan.
7. Muzium Padi Kedah
Unik kerana satu-satunya muzium di Malaysia yang khusus untuk padi. Di tempat menarik di Kedah ni korang boleh tengok cara penanaman padi, alat tradisional petani dan galeri 3D sawah padi di dinding kubah. Anak-anak pasti teruja bila tengok replika ladang berpusing di dalam dewan.
💡 Tip Pengunjung: Datang antara 9 pagi–12 tengah hari untuk cuaca yang lebih selesa dan pencahayaan cantik untuk bergambar.
8. Menara Alor Setar
Ikon utama bandar Alor Setar dengan ketinggian 165 meter. Dari dek pemerhati, korang boleh nampak pemandangan bandar, sawah dan Selat Melaka. Kalau cuaca baik, boleh nampak sampai Pulau Langkawi!
💡 Tip Pengunjung: Waktu terbaik – senja! Pemandangan matahari terbenam di atas bandar memang tak ternilai.
9. Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir
Rumah kayu tradisional yang kini dijadikan muzium kecil. Korang boleh tengok barang peribadi, gambar keluarga dan kisah kehidupan awal beliau. Satu kunjungan yang mengingatkan kita bahawa kejayaan besar boleh bermula dari rumah kecil.
💡 Tip Pengunjung: Luangkan masa 20–30 minit. Sesuai digabungkan dengan lawatan ke Pekan Rabu yang berdekatan.
10. Balai Seni Negeri Kedah
Pusat pameran seni moden dan tradisional. Dari lukisan tempatan hingga ukiran kayu klasik. Ia bukan sekadar galeri, tapi juga ruang inspirasi untuk bakat seni muda Kedah. Setiap lawatan terasa berbeza sebab pamerannya sentiasa berubah.
💡 Tip Pengunjung: Boleh ambil gambar tapi jangan sentuh karya pameran. Ada bengkel seni percuma hujung minggu tertentu.
YAN – Tempat Menarik di Kedah dengan Gabungan Laut, Gunung & Alam Hijau

11. Gunung Jerai
Gunung ikonik Kedah ni menawarkan suhu dingin, kabus pagi dan pemandangan yang luar biasa. Ada resort, taman rimba, dan aktiviti menarik macam sky bike serta view deck menghadap laut. Ia lokasi yang ideal untuk tenangkan fikiran dan lari sekejap dari hiruk pikuk bandar.
💡 Tip Pengunjung: Bawa jaket, cuaca boleh turun bawah 20°C. Cuba juga aktiviti Sky Bike untuk pengalaman unik.
12. Pantai Murni
Pantai ni mungkin sederhana, tapi suasananya menenangkan. Dikelilingi gerai makanan tempatan dan tiupan angin petang yang segar. Ramai orang datang untuk santai sambil menikmati pemandangan Gunung Jerai di kejauhan.
💡 Tip Pengunjung: Waktu petang paling cantik untuk bergambar. Gerai laksa dan ikan bakar buka selepas 5 petang.
13. Pulau Songsong
Antara pulau rahsia yang masih terjaga keasliannya. Pantai berpasir putih, air jernih, dan suasana sunyi menjadikan ia pilihan ideal untuk snorkeling atau berkhemah semalaman. Bila malam, langitnya penuh bintang . Memang gila!
💡 Tip Pengunjung: Bawa air minuman sendiri sebab tiada kedai di pulau. Elak datang musim hujan (Sept–Nov).
GURUN & SIK – Tempat Menarik di Kedah dengan Alam Yang Menyegarkan

14. Hutan Lipur Ulu Paip
Antara tempat menarik di Kedah yang paling digemari penduduk tempatan. Air terjunnya sejuk, aliran sungainya jernih dan suasananya sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Setiap sudut penuh dengan bunyi alam yang menenangkan.
💡 Tip Pengunjung: Datang awal pagi untuk dapat tempat strategik dan elak sampah yang ditinggalkan. Bawa plastik sendiri ya!
15. Tasik Beris
Tasik buatan yang indah dengan ladang anggur berhampiran. Airnya tenang dan dikelilingi bukit hijau yang menyegarkan mata. Tempat ni makin popular sebagai lokasi bergambar dan tempat perkahwinan kecil.
💡 Tip Pengunjung: Boleh sewa bot kecil untuk pusing tasik atau singgah Ladang Anggur Beris untuk beli jus segar.
16. Air Terjun Seri Perigi
Air terjun bertingkat dengan kolam semula jadi yang luas adalah tempat menarik di Kedah yang bukan sahaja cantik untuk dilihat, tapi juga sesuai untuk mandi manda. Pemandangan sekitarnya dipenuhi hutan menghijau dan udara segar yang mendamaikan.
💡 Tip Pengunjung: Pakai kasut sesuai sebab batu agak licin. Waktu terbaik: pagi antara 8–10.
KULIM & SUNGAI PETANI – Tempat Menarik di Kedah Untuk Aktiviti Lasak & Keluarga

17. Tree Top Walk Sungai Sedim
Jambatan gantung sepanjang 1.5 km dan setinggi 26 meter. Antara yang terpanjang di dunia! Pemandangan hutan hujan tropika dari atas memang menakjubkan, dan kalau berani, cuba flying fox di kawasan berdekatan.
💡 Tip Pengunjung: Bawa topi & air mineral. Kalau takut tinggi, jangan pandang bawah terlalu lama!
18. Berangan Aqua Park, Sungai Petani
Taman tema air mesra keluarga dengan pelbagai gelongsor, kolam ombak, dan kawasan rehat. Tempat ni sentiasa hidup dengan gelak tawa kanak-kanak. Ideal untuk lepaskan tekanan hujung minggu.
💡 Tip Pengunjung: Datang pagi untuk elak panas & sesak. Parking luas tapi cepat penuh waktu cuti.
19. Batas Ubi Deer Farm, Pendang
Tempat menarik di Kedah yang interaktif di mana pengunjung boleh beri makan rusa, main ATV dan belajar tentang haiwan ternakan. Suasana ladangnya luas dan bersih, menjadikan ia tempat yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.
💡 Tip Pengunjung: Bawa makanan ringan (dijual di kaunter masuk). Sesuai untuk keluarga & anak kecil.
BALING & MERBOK – Alam, Sejarah & Aktiviti Kampung

20. Ladang Nira Nipah Napiah, Merbok
Ladang yang memperkenalkan pengunjung kepada proses pembuatan nira nipah. Korang boleh tengok sendiri pekerja memanjat pokok dan memotong nira segar. Rasa airnya manis dan menyejukkan. Sesuai untuk cuaca panas.
💡 Tip Pengunjung: Datang waktu pagi bila pekerja sedang memotong nira. Boleh rasa segar terus dari batang!
21. Sungai Merbok Cruise
Nikmati perjalanan menaiki bot di Sungai Merbok yang dikelilingi hutan bakau dan burung liar. Kadang-kadang boleh nampak monyet atau biawak berenang di tepi sungai. Ia pengalaman yang menenangkan dan membuka mata.
💡 Tip Pengunjung: Tempah cruise pagi ke tempat menaril di Kedah untuk elak panas dan lebih banyak haiwan boleh dilihat.
22. Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Tapak arkeologi paling penting di Malaysia dengan tinggalan candi berusia lebih 1,000 tahun. Pengunjung boleh belajar tentang tamadun purba Kedah Tua dan tengok sendiri batu bersurat serta patung lama.
💡 Tip Pengunjung: Pakai kasut selesa sebab kawasan luas. Boleh picnic kecil di bawah pokok besar berhampiran muzium.
TEMPAT MENARIK DI KEDAH UNTUK KAKI MAKAN & HIDDEN GEMS

23. Mee Abu, Alor Setar
Warung mamak klasik yang jadi kegemaran ramai sejak berdekad dan merupakan tempat menarik di Kedah yang kena pergi. Mee rebusnya punya rasa kuah pekat dan pedas yang seimbang. Suasana malam di sini sentiasa meriah.
💡 Tip Pengunjung: Cuba makan malam di sini. Suasana sibuk tapi menyeronokkan!
24. Nasi Ulam Pak Su, Yan
Gerai kampung dengan hidangan lauk tradisional dan ulam segar yang menyelerakan. Makan di bawah pokok sambil rasa angin laut memang nikmat.
💡 Tip Pengunjung: Datang awal sebelum 12 tengah hari sebab lauk cepat habis.
25. Restoran Ikan Bakar Top, Kuala Kedah
Restoran tepi laut dengan pemandangan menenangkan. Ikan bakar di sini dibumbui sempurna dan dibakar menggunakan arang sebenar. Aroma dia memang padu!
💡 Tip Pengunjung: Datang lepas 6 petang, pilih meja tepi laut. Angin sepoi-sepoi, suasana tenang.
Jelajah Kedah Tanpa Risau!
Rancang perjalanan ke tempat menarik di Kedah dengan penuh gaya dan keselesaan! Sewa bas atau van bersama Zeala Asmara Travel.
pemandu mesra, harga berpatutan & perjalanan bebas stres. Sesuai untuk keluarga, rombongan sekolah dan company trip.
Nikmati Tempat Menarik di Kedah Dari Sisi Berbeza
Kedah bukan sekadar pintu ke Langkawi. Ia destinasi yang kaya dengan pesona. Dari sawah hijau di Gurun hingga panorama laut di Yan, setiap daerah ada kisah tersendiri yang menunggu untuk diterokai. Sama ada anda ingin bersantai, menikmati makanan tempatan atau mencari pengalaman alam semula jadi, negeri ini menawarkan semuanya dalam suasana tenang dan asli.
Untuk perjalanan yang lebih mudah dan menyeronokkan, anda boleh sewa bas atau van dari Zeala Travel . Pilihan terbaik bagi keluarga besar, travel dengan kawan atau company trip. Dengan pemandu berpengalaman dan kenderaan selesa, anda hanya perlu duduk, rileks dan nikmati keindahan Kedah tanpa risau tentang perjalanan.
Yang penting, datanglah dengan hati terbuka kerana setiap perjalanan di negeri ini akan meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan.
